08 Januari 2011

Zikir Munajat & Zikir Taubat

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan
melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar
اللهُ ، اللهُ ، اللهُ ، يَا اللهُ
Allah , Allah , Allah , Ya Allah
حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ ، مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ ، نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam
hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.
تُبْنَا إِلَى اللهِ وَرَجَعْنَا إِلَى اللهِ وَنَدِمْنَا عَلَى مَا فَعَلْنَا
Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal
di atas apa yang telah kami lakukan
فَسُبْحَانَ مَنْ لاَ يَقْدِرُ الْخَلْقُ قَدْرَهُ
Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya
وَمَنْ هُوَ فَوْقَ الْعَرْشِ فَرْدٌ مُوَحَّدٌ
(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang diesakan
مَلِيْكٌ عَلَى عَرْشِ السَّمَاءِ مُهَيْمِنُ
Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit
                                     لِعِزَّتِهِ تَعْنُو الْوُجُوْهُ وَتَسْجُدُ
Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk (wajah-wajah)
حَسْبِيْ رَبِّيْ جَلَّ اللهُ  ، مَا فِيْ قَلْبِيْ غَيْرُ اللهِ ، نُوْرُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam
hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w.
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah
لَا إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِيْنُ
Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar
مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَادِقُ الْوَعْدِ اْلأَمِيْنُ
Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai
أَسْتَغْفِرُ اللهَ إِنَّ اللهَ كَانَ تَوَّابًا
Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat


إِلَهِيْ لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلاً
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
وَلاَ أَقْوَى عَلَى نَارِ الْجَحِيْمِ
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
فَهَبْ لِيْ تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوْبِيْ
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku dan ampunkan dosa-dosaku
فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنْبِ الْعَظِيْمِ
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

11 ulasan:

  1. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ💚🌈

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,Terima kasih atas perkongsiannya. Saya minta izin untuk dikongsi ye. Semoga pahala berterusan hingga ke alam kubur

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum wbt..t.kasih perkongsiannya..zikir & doa ini mengimbau zmn sekolah sy di asrama..alunan sebelum azan subuh..allahuakbar..syahdu rasanya..t.kasih lagi sekali..

    BalasPadam
  4. Terima kasih. Lama dah sy cari complete zikir ni

    BalasPadam
  5. Selalu praktik kan dlm solat sunat taubat...pengakuan hamba PD Tuhan ku ya robb

    BalasPadam
  6. جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء

    BalasPadam
  7. terima kasih. lengkap perkongsiannya

    BalasPadam
  8. Terima kasih diatas peekongsiannya... Sekian lama sy mencari... Halal kan ilmunya ya...

    BalasPadam
  9. Mohon izin copy.

    BalasPadam
  10. mohon kongsi ya saudari|saudara... terima kasih

    BalasPadam